Program Fast-Track Unisel

Click here to edit subtitle

PROGRAM FAST TRACK SPM


RINGKASAN PROGRAM “FAST-TRACK” YAPIS-UNISEL

Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi memperkasakan pendidikan Islam bagi pelajar khususnya di negeri Selangor. Satu kerjasama akan diadakan bersama Universiti Selangor (UNISEL) untuk mengendalikan program khas ini. UNISEL yang berpengalaman dalam menyediakan program pengajian pelbagai bidang yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran di samping menyokong dasar pembangunan negara bakal merancakkan lagi matlamat penubuhan YAPIS.

UNISEL adalah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan 86 program telah mendapat akreditasi MQA, di mana 42 program telah mendapat akreditasi penuh atau hanya memerlukan penilaian sendiri.

Program ”Fast-Track” SPM Pelajar Tahfiz anjuran YAPIS-UNISEL ini dijalankan di sebuah penempatan pelajar luar kampus milik UNISEL iaitu di Kota Puteri, Batu Arang. Ia boleh menempatkan sehingga 1000 orang pelajar dalam satu masa.

Dengan prasarana dan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan program ”fast-track” ini, UNISEL menjadi satu lagi pilihan alternatif pelajar aliran Tahfiz yang ingin melanjutkan pelajaran khususnya dalam bidang professional.


Klik Di Sini Untuk Melihat Senarai Subjek SPM yang ditawarkan di Program Fast-Track Unismart

Yuran paling minimum akan dikenakan untuk pengajian, penginapan dan makan minum iaitu sebanyak RM300 sebulan bagi setiap pelajar.

Pelajar yang berjaya menamatkan program ”fast-track” ini dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia akan diberi peluang untuk mengikuti mana-mana kursus tahun asas sebagai persediaan mengikuti program ijazah sarjana muda yang ditawarkan di UNISEL mengikut pilihan mereka. Untuk mereka yang memeproleh tiga kepujian bakal ditawarkan dengan kursus di peringkat diploma.

Secara amnya, program ini bukan sahaja akan membentuk insan yang profesional dalam bidang akademik bahkan dalam masa yang sama telah pun mempunyai asas agama yang kukuh dalam diri mereka.